AKTIVITI KESIHATAN


Sasaran Aktiviti- aktiviti Kesihatan yang dijalankan adalah untuk  penduduk kampung:-
1.    KEM  KESIHATAN - diadakan bagi mengenal pasti punca penyakit dan mendedahkan masyarakat cara pencegahan awal penyakit dari merebak.
2.    MENDERMA DARAH -  Program ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai peringkat umur. Ini menunjukkan kesedaran yang telah tertanam pada diri mereka tentang kebaikkan menderma darah.
3.    BANCIAN PENYAKIT - JKKK Kampung telah berkerjasama dengan Jabatan Kesihatan  dengan menjalankan bancian penyakit untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi oleh penduduk setempat. Rawatan awal boleh dihulurkan supaya penyakit yang dihidapi oleh penduduk kampung tidak semakin melarat.
4.    AKTIVITI DAPUR SIHAT – Matlamatnya untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dalam cara untuk mencegah penyakit. Makanan juga salah satu punca menyebabkan penyakit kepada penduduk.
  • Cara memilih  bahan – bahan mentah untuk menyediakan makanan seimbang
  • Cara menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan.
  • Demo masakan untuk menyediakan makanan yang seimbang.
  • Cara menyimpan dan menghidang makanan yang telah siap dimasak. 














    ALAMAT

    Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof,
    83600 Semerah, Batu Pahat, Johor

    Tel/Fax : 07-4163244
    e-mail : kg.parit.bugis@gmail.com
    blogspot:
    http://kampungparitbugis.blogspot