KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Sistem pembuangan sampah yang diamalkan di kampung ini ialah secara kitar semula seperti tayar di gunakan untuk menanam pokok bunga, sampah- sampah yang sukar di lupuskan seperti tin akan dijual atau pun ditanam bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk.
         Penduduk kampung ini sangat bersyukur kerana 100 % mendapat sumber bekalan air yang bersih daripada SAJ.  Mereka juga telah mempunyai sistem tandas yang baik . Manakala di tempat – tempat awam mereka akan mengadakan rotong – royong  untuk memastikan kebersihan dapat dipelihara.
         Penduduk kampung amat perihatin dengan persekitaran rumah mereka. Mereka akan memastikan kawasan rumah sentiasa bersih dan tidak akan mengundang sebarang penyakit.







ALAMAT

Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof,
83600 Semerah, Batu Pahat, Johor

Tel/Fax : 07-4163244
e-mail : kg.parit.bugis@gmail.com
blogspot:
http://kampungparitbugis.blogspot