KECERAIAAN DAN KEINDAHAN

Pelbagai langkah yang di ambil oleh penduduk kampunng untuk menceriakan dan mengindahkan kampung, seperti menanam pelbagai pokok- pokok bunga dan pokok hiasan dibahu- bahu jalan.

            Penduduk kampung sangat kreatif, dengan membuat pelbagai arca buah- bauahan yang diletakkan dibahu – bahu jalan dijadikan sebagai imej  kampung. Tidak ketinggalan juga pihak JKKK telah membina pintu gerbang, menyediakan peta dibahu jalan untuk memudahkan orang luar mendapat maklumat.

            Di setiap persimpangan kampung di letakkan dengan papan tanda. Pengusaha IKS( industri kecil sederhana ) meletakkan papan tanda  dihadapan rumah mereka, ia adalah salah satu langkah promosi untuk memperkenalkan produk yang mereka hasilkan kepada orang ramai.

            Pihak JKKK telah mengadakan pelbagai aktiviti yang memerlukan penglibatan dan penyertaan oleh penduduk kampung, seperti mengadakan aktiviti gotong- royong yang diadakan sebulan sekali, bukan itu sahaja JKKK juga telah mengadakan program komuniti 1 Malaysia pada 3 Julai yang lalu, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila semua golongan lapisan penduduk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan seperti larian 1 Malaysia, sukaneka, mewarna, bola sepak, pemeriksaan kesihatan berkerjasama dengan Klinik Kesihatan Pekan Baru.

            Malah penduduk kampung juga mendapat input yang banyak daripada ceramah yang diberikan oleh Jabatan Pertahanan Awam mengenai Kawalan Kebakaran. 







ALAMAT

Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof,
83600 Semerah, Batu Pahat, Johor

Tel/Fax : 07-4163244
e-mail : kg.parit.bugis@gmail.com
blogspot:
http://kampungparitbugis.blogspot