TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
AKSES INTERNET
1. Medan Info Desa,disediakan oleh pihak KKLW
2. ‘Cyber café’
yang di usahakan secara persendirian di Parit No.4,
3. Jalur lebar di rumah dan
broadband dari rangkaian pilihan mereka sendiri.
LAMAN WEB KAMPUNG
Laman
web ini dibina bagi menyalurkan maklumat kepada penduduk setempat dan juga
orang luar mengenai Kampung Parit Bugis. Dengan adanya laman web ini Kampung
Parit Bugis dapat mempromosikan homestay kampung parit bugis keseluruh dunia.
Begitu juga dengan produk-produk IKS keluaran penduduk tempatan.
PEMBUDAYAAN ICT
1.
Menggalakkan penghayatan budaya
ilmu di kalangan masyarakat kampung menerusi perantaraan ICT. Tumpuan utama
diberi kepada pelajar sekolah bagi mengulangkaji pelajar dan mencari bahan
untuk membuat kerja kursus sekolah.
2.
Program Komuniti 1 Malaysia,
dimana slot ICT diberi tumpuan seperti anjuran kurus celik IT dan kursus eGDW.
3.
Mengadakan kursus komputer
anjuran Medan Info Desa.
4.
Menggalakkan penggunaan ICT
dikalangan peniaga dan pengusaha IKS menerusi laman web kampung yang disediakan
untuk promosi dan pemasaran produk IKS, pelancongan desa dan sebagainya.
5. Menyediakan kemudahan e-kerajaan kepada penduduk setempat terutamanya
kepada lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih
tinggi
KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Tempat : Medan Info Desa Kg. Parit Bugis
Nama Pengurus : Pn. Afiah Hajar bt Ahmad
Bilangan Komputer : 20 Biji Komputer
Luas Bangunan : 40’ X 50’
Tahun dibina : 2007
Hari Operasi : Isnin hingga Ahad
Masa Operasi : 8.30 Pagi Hingga 6.00 Petang
Caj Penggunaan : RM 2.00 per Jam
AKTIVITI YANG DI JALANKAN
- Penggunaan Internat
2. Contohnya pelajar tingkatan 3 , pada masa sekarang sedang sibuk untuk menyiapkan folio mereka berkaitan dengan Kampung Parit Bugis . Mereka hanya perlu melayari laman web kampung Iaitu kampungparitbugis.blogspot.com segala berkaitan kampung Parit Bugis akan terpapar di skrin Komputer. Tidak perlu bersusah payah untuk menemu ramah ketua kampung untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kampung.
3.Tidak ketinggalan juga para penternak melayari laman web Jabatan Veterina untuk mengetahui peluang- peluang krusus yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Veterina.
4. Dikalangan pemuda pula menggunakan kemudahan internet untuk membayar segala bil- bil secara on line. Ia dapat menjimatkan masa dan tidak perlu beratur, memandangkan kesuntukan masa kerana sibuk bekerja.
5. Kaum ibu, tidak ketinggalan juga untuk menggunakan kemudahan internet mencari rujukan berkaitan masakan, fesyen dan sebagainya.
- Kursus Asas Komputer
2. Murid- murid sekolah rendah.
3. Kaum ibu untuk menyahut seruan kerajaan ‘Celik IT’
4. Harga yang dikenakan untuk 3 modul pembelajaran iaitu Microsoft Word, Power Point dan Excell sebanyak RM 150.00.
5. Biasanya seminggu 3 kali sesi pembelajaran selama 3 jam dan akan di ajar sehingga mahir.
MEDAN INFO DESA KAMPUNG PARIT BUGIS
KURSUS KOMPUTER YANG DI JALANKAN
DI MEDAN INFO DESA PARIT BUGIS