USAHA MENGHIJAU DAN MEMPERINDAHKAN KAWASAN RUMAH
  1. Kaum wanita tidak boleh di pisahkan dengan pokok bunga, dengan sikap yang ada dalam diri kaum wanita, sekali gus, ia dapat membantu dalam mengindahkan dan menghijaukan kawasan rumah.
  2. Kaum hawa juga ada yang telah menanam pelbagai tanaman sayuran, tanaman kontan  seperti petola, lada, kacang panjang, timun, jagung, nenas di sekeliling kawasan rumah, ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian serta dapat menambahkan pendapat isi rumah sekiranya ianya ditanam secara komersial. 
  3. Seramai 50 peserta telah mengikuti program Homestay, dan didedahkan  dengan pelbagai krusus yang dapat membantu untuk mengindahkan kawasan rumah seperti susun atur  perabut, kemudahan bilik air dan sebagainya dengan adanya pendedahan yang telah di berikan oleh pihak Tourism Johor ia  dapat dikongsi dengan penduduk kampung yang tidak mengikuti program Homestay ini.
  4. Bagi memastikan ianya sentiasa nampak kemas, bersih dan indah penjagaan kebersihan keseluruhannya perlulah dilakukan sekurang- kurangnya seminggu sekali mengikut selera masing – masing  dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan seisi keluarga. 


ALAMAT

Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof,
83600 Semerah, Batu Pahat, Johor

Tel/Fax : 07-4163244
e-mail : kg.parit.bugis@gmail.com
blogspot:
http://kampungparitbugis.blogspot