EKONOMI PENDUDUK KAMPUNG

        Penduduk Kampung  Parit Bugis menjana ekonomi mereka melalui sektor pertanian, penternakan, dan IKS ( Industri kecil sederhana).
         Kebanyakan penduduk Kampung menceburi sektor pertanian seperti, tanaman sawit,  tanaman  pisang,  tanaman Nenas, tanaman tebu,  tanaman kelapa, tanaman kopi, Mas cotek.  Sektor pertanian ini telah banyak membantu meningkat kan ekonomi bagi  penduduk Kampung ini. Tanaman ini ada diusahakan secara persendirian, secara berkelompok serta tidak ketinggalan  juga  menggunakan tanah yang terbiar secara maksimum seperti Tanah Rezab JPS.  Mereka ada yang mendapat bantuan  daripada Jabatan Veterinar.  
            Tidak ketinggalan juga penternakan menjadi pilihan penduduk kampung untuk meningkatkan ekonomi mereka seperti menternak lembu, menternak ayam, itik , ikan keli, kambing dan lain- lain lagi.  Sektor ini menjadi pilihan pada masa ini kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dan mudah ini dipasarkan serta mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Veterinar.           
         Bagi Kaum ibu pula, mereka menceburi bidang IKS  secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan isi rumah. Lahirlah pengusaha- pengusaha seperti pembuatan bahulu , cakar ayam, tempe, kuih kapit yang mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penduduk Bandar. Kebanyakan produk mereka akan dipasarkan di serata tempat dengan mengikuti expo, dan pameran yang di adakan oleh Jabatan Penerangan. Serta tidak ketinggalan kepada para pelancong yang ada ke Kampung Parit Bugis dibawah aktiviti Homestay yang dijalankan.  Kampung Parit Bugis ini amat bertuah kerana mempunyai penduduk yang kreatif dalam seni kraftangan iaitu kayu larik dan juga penghasilan produk dari tempurung. 
         Terdapat beberapa penternakan yag telah dijalankan oleh penduduk kampung ini contohnya penternakan burung walit yang telah diusahakan oleh En. Shah bin Dasim. Lokasi penternakan ini ialah di kawasan tanah Rezab JPS Sarang Buaya. Burung walit ini telah mendapat banyak perhatian dari pelbagai pihak kerana sarang burung walit ini banyak kegunaan untuk kesihatan dan barang kosmetik. Seperti yang sudah diketahui, sarang burung walit dijadikan untuk minuman kesihatan dan kecantikan kulit. Ia merupakan Projek Perintis di bawah Jabatan Veterinar. Merupakan Ekonomi dasar baru.
         Selain itu, penduduk di kampung ini juga telah mencari jalan untuk mengurangkan pencemaran. Mereka telah melangkah  setapak lagi untuk mengeluarkan baja organik. Diperbuat daripada bahan- bahan yang telah tidak digunakan lagi seperti pokok nenas, najis lembu dan gula merah.  Ia dapat menjimatkan  kos.

         Kampung Parit Bugis juga mempunyai Homestay yang sudah mempunyai rekod terbaik diperingkat Negeri Johor pada tahun 2010. Ramai pelancong dari dalam ataupun dari luar Negara telah berkunjung ke Kampung Parit Bugis. Contoh pelancong yang sudah berkunjung ke Homestay Kampung Parit Bugis adalah pelancong dari Hong Kong, Singapura dan lain-lain.



PERTANIAN 


 

ALAMAT

Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof,
83600 Semerah, Batu Pahat, Johor

Tel/Fax : 07-4163244
e-mail : kg.parit.bugis@gmail.com
blogspot:
http://kampungparitbugis.blogspot