PENGENALAN DAN SEJARAH KAMPUNG


PENGENALAN 

Kampung Parit Bugis Mukim Sungai Balang Muar, Johor Darul Takzim terletak lebih kurang 39km ke tenggara dari Bandar Maharani ibu pentadbiran Daerah Muar. Kampung ini dianggap kampung tradisional dengan keluasannya 1442.2 hektar dan penduduknya mengikut bancian tahun 2011 seramai 2,816 orang. Keadaan geografinya ialah tanah rata sebahagian tanah liat dan sebahagiannya tanah liat bercampur tanah gambut.

SEJARAH


Kampung Parit Bugis telah dibuka pada tahun 1909 oleh orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Abu Bakar dan Daeng Serabut. Orang-orang bugis ini membuka kebun dengan menanam pokok getah. Oleh kerana keadaan tanahnya tanah gambut dan kurang sesuai denagan tanaman pokok getah, maka orang-orang Bugis ini meninggalkan kampunh ini yang hanya menetap 5 tahun sahaja.
Kampung Parit Bugis terus diteroka dan diusahakan oleh orang-orang dari Indonesia Keturunan Jawa dan Ketua Kampung ysng pertama ialah Wak Bawok dari Kabopatin Ponorogo pada tahun 1913. Tok Penghulu yang pertama di kampong parit bugis ini ialah En. Abu Hassan.
Setelah hampir satu abad kampung ini terus maju. Segala kemudahan asas telah 100% disediakan seperti jalanraya bertar, bekaln air, bekalan elektrik, telefon, klinik ibu dan anak, sekolah, tadika, masjid, surau, balairaya, gelanggang permainan dan lainnya



ALAMAT

Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof,
83600 Semerah, Batu Pahat, Johor

Tel/Fax : 07-4163244
e-mail : kg.parit.bugis@gmail.com
blogspot:
http://kampungparitbugis.blogspot