KEPIMPINAN KAMPUNG

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN
KG. PARIT BUGIS, MUKIM SUNGAI BALANG,
MUAR, JOHOR

ASPEK KEMAJUAN KAMPUNG

Menentukan  rancangan-rancangan pembangunan yang akan dilaksanakan.
Menilai dan menyusun projek yang akan dan yang telah diluluskan untuk pelaksanaan:-
1.Secara Gotong-royong
2.Kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan
3.Kerjasama dengan pertubuhan-pertubunhan NGO
4.Lain-lain cara dan kaedah yang difikirkan sesuai
Membantu kerajaan dalam melaksanakan projek-projek yang dilaksanakan seperti pelancaran projek dan mendapatkan tapak projek yang sesuai.
Menjadai badan perantaraan di antara orang kampung dengan kerajaan.

ASPEK KESELAMATAN KAMPUNG

Membantu agensi kerajaan untuk memelihara ketenteraman awam kampung.
Mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa wujud di dalam kampung.
Melaporkan kepada pihak-pihak yang berkuasa terhadap apa jua aktiviti yang dianggap memecahkan perpaduan penduduk di dalam kampung samada dari segi anasir-anasir subvertif jenayah dan juga memperalatkan agama.


 

 

ALAMAT

Kampung Parit Bugis, Jalan Yusof,
83600 Semerah, Batu Pahat, Johor

Tel/Fax : 07-4163244
e-mail : kg.parit.bugis@gmail.com
blogspot:
http://kampungparitbugis.blogspot